9 November 2016 - 17:35
Trump Bakal Presiden A.S Ke-45.

Donald Trump muncul sebagai pemenang dengan menewaskan calon Demokrat Hillary Clinton. Keputusan itu mengejutkan banyak penganalisis yang sebelum ini menjangkakan Hillary akan meneruskan penguasaan calon Demokrat ke atas Rumah Putih.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Donald Trump muncul sebagai pemenang dengan menewaskan calon Demokrat Hillary Clinton. Keputusan itu mengejutkan banyak penganalisis yang sebelum ini menjangkakan Hillary akan meneruskan penguasaan calon Demokrat ke atas Rumah Putih.

Setakat ini 98.19% undi sudah diproses dan Trump memenangi 279 badan perwakilan berbanding Clinton yang hanya memperolehi 228 setakat ini. Sebanyak 270 diperlukan oleh seseorang calon untuk diisytiharkan pemenang dalam proses pengundian tersebut.

Secara keseluruhan 59294288 orang pengundi memilih Trump manakala 59483240 pula memilih lawannya. Data ini sekaligus menunjukkan bahawa Trump setakat ini gagal memperolehi undi popular di dalam pemilihan ini walaupun sudah berjaya ke Rumah Putih.

Parti Republikan juga memenangi kedua-dua Dewan Senat dan Dewa Perwakilan A.S sekaligus memberikan tamparan hebat kepada parti Demokrat yang baru sahaja kehilangan Rumah Putih.

Kemenangan Trump dan partinya juga menyebabkan banyak pihak kini mempersoalkan statistik-statistik yang pernah dikeluarkan sebelum yang menunjukkan bahawa Clinton akan menewaskan lawannya itu.